Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah



Asal usul nama Kampung Baru adalah diambil sempena nama tanah yang baru mula diteroka pada tahun awal 1840 an. Menurutcerita orang tua tua, kampong ini adalah merupakan sebuah kampong asal bagi Kemasik ,yang dahulunya dikenali dengan panggilan KG.DARAT KEMASIK. Bekas-bekas peninggalan yang boleh dianggap bahan sejarah atau bukti kukuh masih boleh didapati, seperti tanah perkuburan dan pengkalan mandi di Cerong piring yang digunakan oleh masyarakat ketika itu.

Peneroka asal kampong ini,terdiri dari beberapa keluarga pendatang dari Patani iaitu kira-kira 200 tahun yang lampau. Memandangkan kawasan perkampungan ini terletak agak pendalaman , maka ianya diberi nama Kampung Darat Kemasik.

Sumber rezeki semasa itu ialah berkerja sebagai nelayan, bertani serta mencari hasil hutan seperti dammar batu, rotan ,kayu dan sebagainya. Memandangkan sumber rezeki pada masa itu adalah nelayan, maka ramailah penduduk berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan pantai (Tanjung kemasik didalam pekan Kemasik) dan tinggalah Kg.Darat kemasik kesepian dan kesunyian tidak berpenghuni.

Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu dan sewaktu tanah Melayu dibawah pemerintahan Jepunlah, kampung baru ini mula diterokai semula dan dijadikan tempat perlindungan dari kekejaman tentera Jepun. Dikampung inilah penduduknya mula menanam padi untuk pengeluaran makanan.

Dengan penerokaan baru inilah ,munculnya berbagai nama kampung –kampung kecil seperti Kampung Cherong Ajar,Kampung Sarang Lang. KampungTok Kaya dan Kampung Baru sendiri, yang ahkirnya disatukan dengan panggilan Kampung Baru Kemasik. Kampung kampong ini hanya dipisah dengan sebatang jalan raya yang menghubungkan Pekan Kemasik dan Pekan Air jernih. Walau bagaimana pun, bagi memudahkan urusan pentadbiran,kampong ini diletakan dibawah satu pentadbiran iaitu JKKK Kg.Baru Kemasik.

Pada tahun 2009,pentadbiran JKKK,telah dibahagikan kepada dua JKKK iaitu JKKK Kg.Baru kemasik dan JKKK Kg. Baru Kiri. Tujuannya tidak lain hanya untuk memantapkan lagi urusan pentadbiran dan matlamat kerajaan untuk memajukan kampong berintegeritiakan tercapai. Sesuaidengan pendekatan“ TRANSFOMASI TERENGGANU BAHARU” , indek untuk memajukan kampong melalui JKKK akan terlaksana.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Kelas Ict bersama Tabika Kg Baru Kemasik 2

Aktiviti Terkini | 13 & 21 November 2016

Kelas ini adalah sambungan dari kelas 1 yang telah diadakan pada 6 dan 20 November 2016...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI PASCA PT3 @SMKSI & PASCA UPSR @SKKEMASEK

Aktiviti Terkini | 9 & 16 November 2016

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Baru Kemasik dengan kerjasama PI1M Binjai, PI1M Geliga, PI1M Bukit Kuang, PI1M Bukit Anak Dara, dan PI1M Padang Kubu telah mengadakan Program Advokasi Pasca PT3 di SMK Sultan Ismail...baca selanjutnya

Kelas Paint Tabika Kg Baru Kemasik 1

Aktiviti Terkini | 06 & 20 November 2016

Kelas ini memperkenalkan aplikasi baru kepada pelajar dalam latihan mewarna atas talian...baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG BARU KEMASIK

Aktiviti Terkini | 29 Oktober 2016

Hari Perasmian ini dapat mengeratkan lagi hubungan dengan penduduk disamping itu boleh menarik minat penduduk untuk menjadi ahli PI1M dengan mempromosikan perkhidmatan PI1M...baca selanjutnya

E-LEARNING, KLIK DENGAN BIJAK DAN CYBERSAFE BERSAMA TABIKA KEMAS KG BARU 1, TABIKA KEMAS KG BARU 2 DAN TABIKA KEMAS KG BARU 3

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2016

Mendedahkan pelajar dengan aplikasi pembelajaran atas talian dengan menggunakan laman sesawang http://www.abcya.com/...baca selanjutnya

KELAS ICT (SCAN, TRANSFER GAMBAR DARI TELEFON KE LAPTOP)

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2016

Kelas ini adalah untuk mengajar warga emas bagaimana untuk menggunakan mesin pengimbas dan cara untuk alih gambar dari telefon ke laptop...baca selanjutnya

KELAS ICT (MICROSOFT WORD DAN EXCEL)

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2016

Kelas ini dapat memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana menggunakan Microsoft excel untuk membuat akaun untuk matapelajaran akaun...baca selanjutnya

FORUM KOMUNITI PINTAR

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2016

PI1M Kg Baru telah dijemput untuk menghadiri Forum Komuniti Pintar. Tujuan forum ini diadakan adalah untuk menerangkan 6 program utama dalam Kemaman Komuniti Pintar iaitu Sistem Pengurusan Banjir, Koil, Dokumentari, Pi1m, pembangunan kandungan dan aplikasi dan juga pembelajaran sepanjang hayat...baca selanjutnya

KELAS ICT (MICROSOFT WORD DAN EXCEL)

Aktiviti Terkini | 01 Oktober 2016

Kelas ini dapat memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana menggunakan Microsoft word untuk menyiapkan kerja kursus sejarah...baca selanjutnya

ONLINE BANKING (MAYBANK2U), PENGISIAN BORANG BANTUAN MAIDAM

25-27 September 2016 | Aktiviti Terkini

Membantu penduduk kampung dalam menjalani transaksi online seperti mendaftar untuk penggunaan maybank2u, dan juga memberi tunjuk ajar kepada penduduk yang mempunyai kesulitan dalam mengisi borang bantuan Maidam....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-59

27 & 30 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Sempena dengan bulan kemerdekaan ke-59, Pi1m Kg Baru telah bekerjasama dengan J3k Kg Baru untuk mengadakan sambutan hari kemerdekaan. Pada 27 Ogos, telah diadakan sambutan hari kemerdekaan, dimana pelbagai acara diadakan....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG PERDANA CEGAH DENGGI

12 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pihak JKKK Kg Baru Kemasik telah mengadakan program gotong royong perdana cegah denggi dan pi1m kg baru kemasik telah dijemput untuk sama berganding bahu untuk menjayakan program ini. Kami ditugaskan untuk menghebahkan program ini kepada seluruh penduduk kampong...baca selanjutnya

KOMUNITI PINTAR KEMAMAN

22 - 24 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

PI1M Kg. Baru Kemasik telah dijemput oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman (PDTK) menganjurkan acara Hari Komuniti Pintar di Kemaman...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG MEMBERSIH PI1M HARI RAYA

1 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

PI1M Kg. Baru Kemasik telah menjemput ahli PI1M bergotong royong bersama-sama. Semperna menyambut syawal yang bakal tiba kami juga menghias PI1M. Aktiviti ini juga untuk mengeratkan silaturahim di antara PI1M serta ahli PI1M sendiri...baca selanjutnya

CYBERSAFE

25 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Baru Kemasik telah membuat kelas untuk program Digi Cybersafe bagi membantu penduduk akan kebaikan serta keburukan menggunakan internet...baca selanjutnya

MAJLIS BERBUKA PUASA

17 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

PI1M Kg. Baru Kemasik telh dijemput bersama-sama menjayakan Majlis Berbuka Puasa di Surau Kg. Baru yang di anjurkan oleh JKKK Kg. Baru Kemasik dan juga KRT Kg. Baru...baca selanjutnya

KELAS KHAS OKU

12 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Baru Kemasik telah mengadakan kelas khas kepada Muhammad Islas dan sentiasa memperbaharui cara pendidikan bagi mendidik warga OKU yang berdigital dengan menggunakan kemudahan internet serta komputer yang sedia ada...baca selanjutnya

MAJLIS PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK KG. BARU

10 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

PI1M Kg. Baru telah dijemput untuk bersama-sama bergotong royong bersama-sama JKKK Kg. Baru Kemasik memasak bubur lambuk dan mengagihkan kepada penduduk kampung...baca selanjutnya

Program Khidmat Bakti Siswa UITM Shah Alam Fakulti Seni Bina Perancangan Dan Ukur

5 - 8 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Program Khidmat Bakti Siswa UITM Shah Alam Fakulti Seni Bina Perancangan Dan Ukur Anjuran Bersama Masyarakat Kg. Baru Kemasik Anjuran Bersama Dun Kemasik, JKKK Kg. Baru Kemasik Dan Kerjasama PI1M Kg. Baru...baca selanjutnya

Kelas ICT Bersama Wanita Kg.Baru Kemasik

1 & 8 April 2016 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT Bersama Wanita Kg.Baru Kemasik...baca selanjutnya

Program Teka Silang Kata Bersama Ahli PI1M Kg. Baru Kemasik

25 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Program Teka Silang Kata Bersama Ahli PI1M Kg. Baru Kemasik...baca selanjutnya

Program Senamrobik & Makan Pagi Bersama Pemimpin J3K Kg. Baru

18 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Program Senamrobik & Makan Pagi Bersama Pemimpin JKKK Kg. Baru. Kemasik...baca selanjutnya

Program Bengkel Mencipta Video MYKREATIF #MYKIF

27 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Program Bengkel Mencipta Video #Mykomunitikreati‬...baca selanjutnya

Program Gotong Royong Bersama JKK Kg Baru Kemasek

25 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Febuari 2016 PI Kg Baru Kemasek telah mengadakan program gotong-royong bersama JKKK Kg Baru Kemasik...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti