Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah



Asal usul nama Kampung Baru adalah diambil sempena nama tanah yang baru mula diteroka pada tahun awal 1840 an. Menurutcerita orang tua tua, kampong ini adalah merupakan sebuah kampong asal bagi Kemasik ,yang dahulunya dikenali dengan panggilan KG.DARAT KEMASIK. Bekas-bekas peninggalan yang boleh dianggap bahan sejarah atau bukti kukuh masih boleh didapati, seperti tanah perkuburan dan pengkalan mandi di Cerong piring yang digunakan oleh masyarakat ketika itu.

Peneroka asal kampong ini,terdiri dari beberapa keluarga pendatang dari Patani iaitu kira-kira 200 tahun yang lampau. Memandangkan kawasan perkampungan ini terletak agak pendalaman , maka ianya diberi nama Kampung Darat Kemasik.

Sumber rezeki semasa itu ialah berkerja sebagai nelayan, bertani serta mencari hasil hutan seperti dammar batu, rotan ,kayu dan sebagainya. Memandangkan sumber rezeki pada masa itu adalah nelayan, maka ramailah penduduk berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan pantai (Tanjung kemasik didalam pekan Kemasik) dan tinggalah Kg.Darat kemasik kesepian dan kesunyian tidak berpenghuni.

Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu dan sewaktu tanah Melayu dibawah pemerintahan Jepunlah, kampung baru ini mula diterokai semula dan dijadikan tempat perlindungan dari kekejaman tentera Jepun. Dikampung inilah penduduknya mula menanam padi untuk pengeluaran makanan.

Dengan penerokaan baru inilah ,munculnya berbagai nama kampung –kampung kecil seperti Kampung Cherong Ajar,Kampung Sarang Lang. KampungTok Kaya dan Kampung Baru sendiri, yang ahkirnya disatukan dengan panggilan Kampung Baru Kemasik. Kampung kampong ini hanya dipisah dengan sebatang jalan raya yang menghubungkan Pekan Kemasik dan Pekan Air jernih. Walau bagaimana pun, bagi memudahkan urusan pentadbiran,kampong ini diletakan dibawah satu pentadbiran iaitu JKKK Kg.Baru Kemasik.

Pada tahun 2009,pentadbiran JKKK,telah dibahagikan kepada dua JKKK iaitu JKKK Kg.Baru kemasik dan JKKK Kg. Baru Kiri. Tujuannya tidak lain hanya untuk memantapkan lagi urusan pentadbiran dan matlamat kerajaan untuk memajukan kampong berintegeritiakan tercapai. Sesuaidengan pendekatan“ TRANSFOMASI TERENGGANU BAHARU” , indek untuk memajukan kampong melalui JKKK akan terlaksana.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PENGISIAN BORANG DANA TTB

Aktiviti Terkini | 29 - 30 Disember 2017

Aktiviti ini dapat membantu penduduk Kg Baru Kemasik untuk mengisi borang dana ini secara dalam talian...baca selanjutnya

PERLAWANAN FUTSAL 14 TAHUN KEBAWAH TERBUKA KEMASIK

Aktiviti Terkini | 25 Disember 2017

Perlawanan ini adalah menrupakan penyertaan daripada remaja yang berumur 14 tahun ke bawah...baca selanjutnya

CUBCROSS MOONSOON CHALLENGE 2017

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2017

Program ini anjuran J3K Kg Baru Kemasik yang bertujuan mengumpulkan belia setempat untuk mengadakan aktiviti yang berfaedah dan ini merupakan program pertama yang dianjurkan dan bakal menjadi acara tahunan di Kg Baru Kemasik...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2017

Pertandingan Mewarna ini bertujuan untuk menarik minat komuniti menyertai program yang dijalankan oleh PI1M...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI BERSAMA MURID TADIKA

Aktiviti Terkini | 16 November 2017

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tadika cara-cara menggunakan internet dangan bijak dan memberi pendedahan video kepada mereka tentang penyalahgunaan internet dan kesannya...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2017

Pihak Pusat Internet telah membuka booth untuk memperkenalkan lagi Pusat Internet kepada orang ramai serta pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung. Majlis ini dirasmikan oleh YB Ir. Haji Rosli Bin Othman selaku ADUN Kemasik....baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M

Aktiviti Terkini | 30 September 2017

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalan oleh pihak PI1M dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak PI1M dan komuniti setempat.....baca selanjutnya

ADVOKASI DI TERENGGANU ADVANCE TECHNICAL INSTITUTE UNIVERSITY COLLEGE

Aktiviti Terkini | 13 September 2017

Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Daerah Kemaman telah mengadakan Program Advokasi di TATIUC, Kijal untuk pelajar-pelajar institusi berkenaan...baca selanjutnya

KELAS SOLEKAN

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2017

Kelas ini bertujuan menggalakkan para wanita terutamanya surirumah agar datang ke PI1M dah mempromosikan pelbagai kelas-kelas ICT yang dijalankan oleh PI1M Kg Baru Kemasik....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI IKBN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2017

Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar IKBN terutamanya tentang media sosial, pentingnya ‘Klik Dengan Bijak’ bagi mengelakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia seperti demo 3D Printer....baca selanjutnya

Sambutan Bulan Ramadhan di Kg Baru Kemasik

Aktiviti Terkini | 10 - 20 Jun 2017

Sambutan ini diadakan sepanjang bulan ramadhan yang diadakan di Kg Baru Kemasik bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk sekitar kampung...baca selanjutnya

Anugerah Desa Perdana

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2017

Anugerah ini diadakan bagi mempromosikan produk-produk desa dan memperkenalkan Kg Baru Kemasek kepada ahli panel (hakim pertandingan)...baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SM SAINS DUNGUN TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 04 April 2017

Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar terutamanya tentang media sosial dan elakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di pusat internet...baca selanjutnya

KELAS MEMBUAT VIDEO & KELAS MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 20 & 25 Mac 2017

Tujuan kelas-kelas ICT diadakan bertujuan untuk membantu & mengajar peserta mempelajari bidang ICT secara percuma...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DAN KDB BERSAMA MURID-MURID TABIKA KG BARU KEMASIK & COLOURING ONLINE

Aktiviti Terkini | 14 & 19 Mac 2017

Program ini memberi pendedahan awal kanak-kanak tabika mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan menyemai minat awal kanak-kanak terhadap bidang Teknologi Maklumat. Selain itu, ia dapat menerapkan nilai-nilai positif dan etika penggunaan Internet, Telefon Pintar dan gajet-gajet yang digunakan oleh kanak-kanak....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DAN KDB BERSAMA MURID-MURID TABIKA KG BARU 1 ,2 DAN 3

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2017

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Baru Kemasik dengan kerjasama PI1M Anak Dara, PI1M Bukit Kuang, PI1M Binjai, dan PI1M Cherul telah mengadakan Program Advokasi Mesra ICT di Tabika Kemas Baru. Seramai 80 orang murid Tabika Kemas dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program yang dijalankan selama 3 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB/Asas ICT, Tayangan Video, dan aktiviti berkumpulan bersama kanak-kanak Tabika....baca selanjutnya

PROGRAM PENDIDIKAN KENALI DIRI BERSAMA KEMAS DAERAH KEMAMAN DAN J3K KG BARU KEMASIK

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2017

Program ini dapat mengajar peserta dalam membuat kraftangan berasaskan kain felt dan mengeratkan lagi hubungan staff PI1M dengan penduduk Kg Baru Kemasik dan juga agensi kerajaan...baca selanjutnya

KELAS PENJAGAAN KULIT WAJAH DAN MEKAP (MARY KAY)

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2017

Kelas Penjagaan Kulit ini diadakan untuk menunjuk ajar peserta tentang asas penjagaan kulit wajah dan juga mekap dan mendedahkan kepentingan menjaga kulit wajah....baca selanjutnya

PENGISIAN BORANG ATAS TALIAN (MAIDAM)

Aktiviti Terkini | 07 Januari 2017

Tujuan program ini adalah untuk membantu golongan kurang kemampuan mengisi borang bantuan kewangan (maidam), membantu golongan tidak celik IT menggunakan ckomputer untuk mengisi borang atas talian dan mempromosikan peranan PI1M kepada orang ramai sebagai pusat sumber maklumat dan bukan sekadar tempat untuk menggunakan internet....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti