Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah

Asal usul nama Kampung Baru adalah diambil sempena nama tanah yang baru mula diteroka pada tahun awal 1840 an. Menurutcerita orang tua tua, kampong ini adalah merupakan sebuah kampong asal bagi Kemasik ,yang dahulunya dikenali dengan panggilan KG.DARAT KEMASIK. Bekas-bekas peninggalan yang boleh dianggap bahan sejarah atau bukti kukuh masih boleh didapati, seperti tanah perkuburan dan pengkalan mandi di Cerong piring yang digunakan oleh masyarakat ketika itu.
Peneroka asal kampong ini,terdiri dari beberapa keluarga pendatang dari Patani iaitu kira-kira 200 tahun yang lampau. Memandangkan kawasan perkampungan ini terletak agak pendalaman , maka ianya diberi nama Kampung Darat Kemasik.
Sumber rezeki semasa itu ialah berkerja sebagai nelayan, bertani serta mencari hasil hutan seperti dammar batu, rotan ,kayu dan sebagainya. Memandangkan sumber rezeki pada masa itu adalah nelayan, maka ramailah penduduk berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan pantai (Tanjung kemasik didalam pekan Kemasik) dan tinggalah Kg.Darat kemasik kesepian dan kesunyian tidak berpenghuni.
Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu dan sewaktu tanah Melayu dibawah pemerintahan Jepunlah, kampung baru ini mula diterokai semula dan dijadikan tempat perlindungan dari kekejaman tentera Jepun. Dikampung inilah penduduknya mula menanam padi untuk pengeluaran makanan.
Dengan penerokaan baru inilah ,munculnya berbagai nama kampung –kampung kecil seperti Kampung Cherong Ajar,Kampung Sarang Lang. KampungTok Kaya dan Kampung Baru sendiri, yang ahkirnya disatukan dengan panggilan Kampung Baru Kemasik. Kampung kampong ini hanya dipisah dengan sebatang jalan raya yang menghubungkan Pekan Kemasik dan Pekan Air jernih. Walau bagaimana pun, bagi memudahkan urusan pentadbiran,kampong ini diletakan dibawah satu pentadbiran iaitu JKKK Kg.Baru Kemasik.
Pada tahun 2009,pentadbiran JKKK,telah dibahagikan kepada dua JKKK iaitu JKKK Kg.Baru kemasik dan JKKK Kg. Baru Kiri. Tujuannya tidak lain hanya untuk memantapkan lagi urusan pentadbiran dan matlamat kerajaan untuk memajukan kampong berintegeritiakan tercapai. Sesuaidengan pendekatan“ TRANSFOMASI TERENGGANU BAHARU” , indek untuk memajukan kampong melalui JKKK akan terlaksana.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024HARI BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 08 Disember 2018Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya
KURSUS PEMBUATAN ROTI DAN PASTRI
Aktiviti Terkini | 17 November 2018Program ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Kluster Daerah Kemaman berdasarkan permintaan yang tinggi dalam kalangan komuniti di Kampung Bukit Kuang berdasarkan hasil kaji selidik yang telah dijalankan bersama ketua wanita. Kursus ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan roti dan pastri kepada golongan yang berminat, terutama kepada golongan wanita di sini yang minat untuk mendalami ilmu rumahtangga. Ia juga diharapkan agar dapat menjadi sumber pendapatan sampingan kepada golongan wanita....baca selanjutnya
BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018
Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya
HARI SUKAN NEGARA (SUKAN RAKYAT)
Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2018Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk kampung tidak mengira kaum dan peringkat umur....baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA PDK KEMASIK
Aktiviti Terkini | 24 September 2018Kluster Kemaman telah bekerjasama dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi mengadakan program pembelajaran di Pusat Internet Kg Gong Chengal....baca selanjutnya
HARI MERDEKA DESA KELUARGA DUNGUN 2018
Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2018Pusat Internet dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) cawangan Dungun telah mengadakan sambutan kemerdekaan bersama komuniti Flat Desa Keluarga Bijangga Dungun....baca selanjutnya
KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG 2018 “SAYANGI MALAYSIAKU”
Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2018Kempen Kibarkan Jalur Gemilang “Sayangi Malaysiaku” anjuran Pusat Internet Kluster Kemaman. Sebagaimana yang kita semua maklum, bulan lapan sinonim dengan bulan kemerdekaan. Sehubungan dengan itu, kakitangan Pusat Internet Daerah Kemaman telah mengadakan kempen kibarkan jalur gemilang bersama komuniti di Kampung Pasir Gajah. Kempen sambutan Hari Kemerdekaan cukup penting kerana bagi memperingati keringat para pejuang kemerdekaan terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada cengkaman penjajah. Aktiviti utama program ini adalah mewarna bendera sepanjang lima meter dan logo ‘Sayangi Malaysiaku” dan bendera ini telah digantung & dikibarkan di Kampung Pasir Gajah....baca selanjutnya
LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT BANDAR CHENEH BHARU, KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2018Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas Pusat Internet bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di Pusat Internet atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI SEKOLAH KEBANGSAAN DUNGUN
Aktiviti Terkini | 17 Julai 2018Pusat Internet Gong Chengal bekerjasama dengan Pusat Internet Sungai Udang, Cendering dan Kemasik mengadakan Program Advokasi di Sekolah Kebangsaan Dungun. Pelbagai program disediakan antaranya pengenalan PI1m, menjawab soalan klik dengan bijak, pengenalan kepada mobile ewaste, cabutan bertuah dan pelbagai game yang disediakan....baca selanjutnya
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KLUSTER KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 14 Julai 2018Kluster Kemaman telah mengadakan majlis jamuan hari raya bertempat di Pusat Internet Kg Gong Chengal. Pelbagai program disediakan antaranya pengenalan PI, menjawab soalan kahoot klik dengan bijak, pengenalan kepada mobile ewaste, cabutan bertuah dan pelbagai game yang disediakan....baca selanjutnya
SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA PENGHUNI RUMAH ANAK YATIM AL-HIJRAH
Aktiviti Terkini | 03 Jun 2018Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah adalah sebuah institusi di wujudkan oleh sebuah NGO yang dinamakan Pertubuhan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah Terengganu....baca selanjutnya
PENYERAHAN KAD SIM MYAGRO
Aktiviti Terkini | 14 - 28 Mei 2018Pembahagian kad sim kepada petani, penternak, nelayan & usahawan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI BERSAMA TABIKA KEMAS KG BARU KEMASIK
Aktiviti Terkini | 03 Mei 2018Program ini bertujuan memperkenalkan Pusat Internet kepada guru dan pelajar-pelajar Tabika Kemas...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI BERSAMA MURID-MURID TABIKA KAMPUNG BARU 1 , 2 DAN 3
Aktiviti Terkini | 29 April 2018Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Baru Kemasik dengan kerjasama PI1M Anak Dara, PI1M Bukit Kuang, PI1M Binjai, PI1M Gong Chengal dan PI1M Geliga telah mengadakan Program Advokasi Mesra ICT di Tabika Kemas Baru. Seramai 58 orang murid Tabika Kemas dan 6 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program yang dijalankan selama 3 jam setengah ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB/Asas ICT, tayangan video, dan aktiviti mewarna bersama kanak-kanak Tabika....baca selanjutnya
HARI BERSAMA KOMUNITI PUSAT KAWALAN KEMAMAN BERSAMA KLUSTER KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 25 April 2018Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas PI1M dengan pengunjung Perpustakaan Awam Daerah Kemaman & pelajar Pendidikan Khas 4U2C Daerah Kemaman serta menarik minat mereka untuk menyertai aktiviti PI1M sekali gus mempromosi aktiviti PI1M dan menambahkan jumlah penyertaan ahli PI1M....baca selanjutnya
EKSPO PEMBANGUNAN KEMAMAN 2018
Aktiviti Terkini | 18 - 21 April 2018Ekspo Pembangunan Kemaman 2018 yang berlangsung selama tiga hari memberi banyak manfaat kepada rakyat daerah Kemaman dan pengunjung yang hadir merangkumi pelbagai perkara termasuk aktiviti dan kisah kejayaan serta pembangunan negeri yang dipamerkan di karnival tersebut....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI 4U2C PENDIDIKAN KHAS KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 28 Mac 2018Program Advokasi Klik Dengan Bijak telah diadakan bersama pelajar autisme. 4U2C adalah satu program cergas dan cerdas yang dirancang oleh Unit Pendidikan Khas dan Swasta Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, Terengganu untuk semua murid-murid pendidikan khas sekolah rendah dan menengah serta murid pemulihan di daerah tersebut....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SMK CHERUL
Aktiviti Terkini | 27 Mac 2018Program Advokasi Klik Dengan Bijak & E Waste telah diadakan bersama pelajar SMK Cherul anjuran Kluster Kemaman pada 27 Mac 2018....baca selanjutnya
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KAMPUNG TERIH HULU TERENGGANU KE KG BARU KEMASIK
Aktiviti Terkini | 22 Mac 2018Lawatan ini bertujuan sempena Anugerah Desa Perdana 2018...baca selanjutnya
PERTANDINGAN EXPLORACE PI1M KEMASIK
Aktiviti Terkini | 16 Mac 2018Pertandingan ini dapat menguji tahap kecekapan pelajar dan dapat mengisi masa pada waktu lapang dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah...baca selanjutnya
MAJLIS PERASMIAN DEWAN & JAMUAN MESRA BERSAMA PENDUDUK KG BARU KIRI KEMASIK
Aktiviti Terkini | 17 Februari 2018YB Haji IR Rosli Bin Othman (ADUN Kemasik)telah erasmikan Dewan Serbaguna Di Kg Baru Kiri Kemasik turut disaksikan oleh En Khairuddin Bin Ngah selaku Penghulu Mukim Kemasik...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI & DASHBOARD KOMUNITI BERSAMA IKBN KEMASIK
Aktiviti Terkini | 08 Februari 2018Program Advokasi & Dashboard Komuniti telah diadakan di Dewan Sri Suria, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik yang dianjurkan oleh Kluster Kemaman...baca selanjutnya
MAJLIS PERASMIAN KOPERASI DESA PERDANA KEMASIK KEMAMAN BERHAD (KDPKKB)
Aktiviti Terkini | 27 Januari - 01 Februari 2018Program ini dijalankan dua hari ,hari pertama mengumpul logo(mencipta logo) yang dibuat oleh peserta untuk Koperasi Desa Perdana di PI1M Kg Baru Kemasik dan hari kedua dalah Majlis Perasmian Koperasi Desa Perdana....baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG MEMBERSIH LONGKANG
Aktiviti Terkini | 26 Januari 2018Aktiviti ini dapat membersihkan longkang yang penuh dengan lumpur akibat banjir pada sebelum ini...baca selanjutnya