Komuniti Pintar Kemaman

Aktiviti Terkini | 1 Julai 2016

Komuniti Pintar Kemaman

Tarikh: 22 - 24 Julai 2016
Masa: 9.00 Pagi - 7.00 Petang
Tempat : Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman

PI1M Kg. Baru Kemasik telah dijemput oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman (PDTK) menganjurkan acara Hari Komuniti Pintar di Kemaman selama 3 hari bermula dari 22 Julai lalu, bertujuan untuk mempromosikan inisiatif Komuniti Pintar dalam membangunkan dan memanfaatkan ekosistem ICT dalam kalangan komuniti setempat.

Inisiatif yang telah diperkenalkan sejak awal 2015 itu bermatlamat untuk meningkatkan taraf kehidupan dan sosioekonomi komuniti tempatan serta membangunkan kandungan tempatan melalui platform teknologi dan maklumat (ICT) dan capaian kepada informasi yang lebih pantas lagi berkesan disamping merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

Program ini juga boleh mendedahkan perkhidmatan yang di sediakan oleh setiap pi1m dan kelas yang dibuat bagi usahawan. Malahan ada juga ahli mendaftar ahli hal ini menambahkan lagi keahlian di PI1M.




Kembali ke halaman utama