INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti





**Komposisi penduduk kampong Baru Kemasik adalah 100% Melayu beragama Islam.


Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

PANTAI KEMASIK

Salah satu pantai batu menarik yang terdapat di Terengganu ialah Pantai Kemasik. Pantai ini terletak di persisiran Kampung Kemasik,Kemaman. Dari sudut bentuk muka bumi, Kemasik terletak di persisiran pantai. Kebiruan air laut dan panorama langit yang sungguh indah membuatkan seolah-olah berada di suatu penempatan yang baru. Pokok-pokok kelapa di persisiran pantai yang tumbuh melata, bot sangkut nelayan dan kawasan pantai lagun pasti menggamit siapa jua yang dating ke sini. Di kawasan pedalaman Kemasik, terdapat kawasan tanah berpaya dan kawasan tanah pamah bagi mereka yang ingin meneruskan aktivti pertanian . Paling menarik, cara kehidupan kampung masih dikekalkan di kawasan ini dan sekitarnya.


MESRA MALL

Adalah sebuah pusat membeli belah moden yang mesti dilawati jika berkunjung ke Kemasik, dengan hanya satu-satunya kompleks panggung wayang (Cineplex) di Terengganu, pusat boling dengan 24-lorong, gelanggang skuasy, sebuah gelanggang futsal berhawa dingin, dan medan selera kontemporari direka khas dalam kompleks membeli belah ini.

Dibuka pada 10 Oktober 2009, MESRA MALL telah dibina di atas tapak seluas 30 ekar, dengan keluasan binaan 315,000 kaki persegi lebih daripada satu tingkat. Ia berfungsi sama seperti mall di bandar-bandar besar yang lain dengan mempunyai campuran perkedaian runcit dan gudang pakaian dengan jenama global yang menjadikan Mesra Mall sebagai hub atau pusat sehenti untuk membeli-belah, perbankan, makan, leisure dan hiburan bagi penduduk Kemasik dan Kemaman.

Disini juga terdapat sebuah dewan serbaguna 20,000 kaki persegi yang terbesar dengan jejari 50 meter, pusat konvesyen dan sesuai untuk menjadi tuan rumah pameran, jamuan catering untuk 800 tetamu, dana cara pemasaran. Mesra Mall telah dibangunkan oleh Metro Kemasik Sdn Bhd dan adalah anak syarikat milik penuh KLCC (Holdings) Sdn Bhd.


Tempat Makan Yang Menarik

WARUNG MAKAN BULQINI

KG BARU KIRI KEMASIK
Pn. Nuzi
013-9466931
Menyediakan sarapan pagi dan makanan tengahari yang berkongsepkan masakan kampong.

Homestay

WIWI HOMESTAY

Alamat :
1622, LorongSeroja 4
Kg. Baru Kiri Kemasik
24200 Kemaman
Terengganu
Malaysia


EMMA HOMESTAY

Alamat :
Kg Baru Kanan Kemasik
012 325 5849

Kemudahan Awam
Balai Polis
Klinik
Pejabat Pos
Perpustakaan
Pendidikan

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik




SK Kemasik




Tabika Kemas




Kisah Kejayaan







Keusahawanan

A TO Z SWEET CORNER

NO 4 BAZAR BARU, KAMPUNG BARU KANAN KEMASIK
Di Antara makanan yang terdapat di A to Z Corner adalah Nasi Ayam, Bee hoon, Mee sup, LaksaPineng, Minuman. Juga menerimat empahan untuk kek harijadi, cupcake, birthday booth, sound system dan banyak lagi.


FAIZAH BT MUHAMMAD

KG BARU KIRI KEMASIK
Penduduk kampong yang membuat kuih tradisional iaitu Akok. Meneruskan legasi membuat Kuih Akok daripada arwah neneknya.

PENTERNAKAN

Kebanyakan penduduk tempatan menjalankan ternakan sara diri seperti memelihara ternakan ayam, itik, kambing, kerbau dan lembu.


PERTANIAN

Pada amnya kawasan kampong merupakan kawasan pertanian (sayur-sayuran, tebu dan tanaman kontang) dan tanah kediaman. Perubahan pesat guna tanah yang lebih baik (kediaman) juga telah mempergaruhi kampong ini.Keadaan fizikal kampong baru kemasik mempunyai tanah rata dan berbukit bukit. Terdapat sistem perparitan yang boleh digunakan untuk kemudahan saluran air bagi tujuan pertanian.

Aktiviti petanian juga adalah untuk sara diri dimana hektartanah yang terhad menghalang aktiviti pertanian dijalankan secara komensial. Antara tanaman yang diusahakan ialah sayur-sayuran dan tanaman tebu dan sebilangan kecil kelapa pandan. Jabatan Pertanian dan peladang merupakan saluan petani mendapat bimbingan.


THE BUMBLEBEE BAKERY



Nama : Fatimah Noor Bt. Ali
Umur : 30 Tahun
No. Telefon : 010-9115771
Jenis Perniagaan : Homemade Kek Dan Biskut
https://www.facebook.com/The-Bumblebee-Bakery-176912739395989/