Program Bengkel Mencipta Video MYKREATIF #MYKIF

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2016

Program Bengkel Mencipta Video MYKREATIF #MYKIF

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Program Bengkel Mencipta Video ‪#‎Mykomunitikreatif‬. Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Baru dipilih menjadi tuan rumah untuk mengadakan program tersebut. Program ini melibatkan tenaga pengajar yang dijemput khas dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) untuk menyediakan garis panduan sepanjang program ini berlangsung.

Program ini melibatkan 50 orang peserta yang mewakili setiap pi1m di daerah Kemaman iaitu Pi1M Gong Chengal, PI1M Anak Dara , PI1M Bukit Kuang , Pi1M Geliga , PI1M Binjai , PI1M Pasir Gajah , PI1M Felda Kerteh 5, PI1M Felda Cherul , PI1M Padang Kubu dan Pi1m Kg Baru Kemasik.

Tarikh: 27/2/2016
Hari: Sabtu
Jumlah yang hadir: 60 orang ++
Masa: 9.00 pagi ~ 6.00 petang



kembali ke halaman utama