SEMINAR PENDIGITALAN USAHAWAN 2023

Aktiviti terkini |25 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Mini Pusat Ekonomi Digital Kemaman Command Centre

Ringkasan Aktiviti :
• Pihak Mini PEDi KCC ingin membuat program bersama usahawan PEDi Kluster Kemaman dan mencari usahawan baru untuk PEDi KCC.
• Program ini akan memberi pendedahan tentang aplikasi terbaru e-wallet kepada komuniti.
• Program ini dilakar dengan tujuan memperkenalkan PanPay Holding dan membuka peluang usahawan tempatan melalui e- commerce.
• Perpustakaan Awam Daerah Kemaman juga mengambil peluang untuk bekerjasama untuk mempelbagaikan lagi aktiviti pada hari program tersebut dalam menjadikan komuniti yang celik IT dengan aktiviti-aktiviti interaktif.

Tujuan :
• Menjadikan PEDi sebagai sumber informasi kepada penduduk setempat.
• Mempelbagaikan aktiviti anjuran PEDi Kemaman dan SKMM amnya.
• Mempromosi perkhidmatan yang disediakan di PEDi.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat.
• Menyediakan platform kepada komuniti untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat setempat.
• Mendidik dan memberi pendedahan kepada teknologi terkini.

Butiran Aktiviti :

• Seminar aplikasi QR pay oleh PanPay
• Pentandingan Mewarna dan kraftangan untuk kanak-kanak
• Pertandingan Gubahan Bouquet untuk wanita dewasa
• Pertandingan E-sukan secara terbuka
• Jualan produk usahawan
• Kaunter bergerak oleh agensi terpilih

Kelebihan Aktiviti :
• Melatih usahawan industri kecil dan sederhana untuk menjadi perintis usahawan digital dalam mentransformasikan perniagaan sedia ada ke arah inovasi terkini.
• Memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan mempromosikan aktiviti yang diadakan oleh PEDI.
• Menyambut baik program anjuran bersama agensi serta mengeratkan silaturrahim yang baik.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.