PROGRAM ADVOKASI “PEDI CYBERTALKS @ SCHOOL DENGAN KERJASAMA DIGI TELECOMUNICATION SDN BHD.

Aktiviti terkini |22 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
SMK Ketengah Jaya (SEJAYA)

Ringkasan Aktiviti :
• Program Advokasi “PEDi Cybertalks @ School dengan kerjasama Digi Telecomunication Sdn Bhd.
• Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar mengenai Cyber Safe serta penggunaan komputer dan internet secara berhemah.
• Selain itu, program ini dijalankan adalah untuk menerapkan dan membudayakan nilai-nilai murni pengguna internet khususnya pelajar sekolah.

Tujuan :
• Program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
• Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

Butiran Aktiviti :

• Slot klik dengan bijak
• Soal jawab soalan kdb
• Pembhagian simkad percuma kepada guru

Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat menggunakan internet dengan cara yang selamat.
• Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kesedaran untuk lebih berwaspada dalam melayari media sosial.
• Pelajar akan menjadi lebih positif dalam menggunakan kandungan berangkai.
• Mempromosikan Pedi dan perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar sekolah dan guru-guru.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.