PROGRAM JALINAN MUHIBAH JPKK BESAMA KOMUNITI DENGAN KERJASAMA PEDI FELDA KERTEH 5

Aktiviti terkini |20 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Balairaya JPKK Kg Baru Felda Kerteh 5

Ringkasan Aktiviti :
• Program Jalinan Muhibah JPKK besama Komuniti dengan kerjasama PEDi Felda Kerteh 5

Tujuan :
• Program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
• Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Butiran Aktiviti :

• Taklimat Klik Dengan Bijak serta QUIZ
• Puzzle KDB Challenge
• Poster Digital Challenge

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta akan memahami apa itu Klik Dengan Bijak
• Peserta akan didedahkan apa itu Jenayah Siber
• Mengetahui kepentingan menggunakan internet secara berhemah
• Mengeratkan silaturahim dikalangan warga komuniti


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.