Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah



Asal usul nama Kampung Baru adalah diambil sempena nama tanah yang baru mula diteroka pada tahun awal 1840 an. Menurutcerita orang tua tua, kampong ini adalah merupakan sebuah kampong asal bagi Kemasik ,yang dahulunya dikenali dengan panggilan KG.DARAT KEMASIK. Bekas-bekas peninggalan yang boleh dianggap bahan sejarah atau bukti kukuh masih boleh didapati, seperti tanah perkuburan dan pengkalan mandi di Cerong piring yang digunakan oleh masyarakat ketika itu.

Peneroka asal kampong ini,terdiri dari beberapa keluarga pendatang dari Patani iaitu kira-kira 200 tahun yang lampau. Memandangkan kawasan perkampungan ini terletak agak pendalaman , maka ianya diberi nama Kampung Darat Kemasik.

Sumber rezeki semasa itu ialah berkerja sebagai nelayan, bertani serta mencari hasil hutan seperti dammar batu, rotan ,kayu dan sebagainya. Memandangkan sumber rezeki pada masa itu adalah nelayan, maka ramailah penduduk berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan pantai (Tanjung kemasik didalam pekan Kemasik) dan tinggalah Kg.Darat kemasik kesepian dan kesunyian tidak berpenghuni.

Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu dan sewaktu tanah Melayu dibawah pemerintahan Jepunlah, kampung baru ini mula diterokai semula dan dijadikan tempat perlindungan dari kekejaman tentera Jepun. Dikampung inilah penduduknya mula menanam padi untuk pengeluaran makanan.

Dengan penerokaan baru inilah ,munculnya berbagai nama kampung –kampung kecil seperti Kampung Cherong Ajar,Kampung Sarang Lang. KampungTok Kaya dan Kampung Baru sendiri, yang ahkirnya disatukan dengan panggilan Kampung Baru Kemasik. Kampung kampong ini hanya dipisah dengan sebatang jalan raya yang menghubungkan Pekan Kemasik dan Pekan Air jernih. Walau bagaimana pun, bagi memudahkan urusan pentadbiran,kampong ini diletakan dibawah satu pentadbiran iaitu JKKK Kg.Baru Kemasik.

Pada tahun 2009,pentadbiran JKKK,telah dibahagikan kepada dua JKKK iaitu JKKK Kg.Baru kemasik dan JKKK Kg. Baru Kiri. Tujuannya tidak lain hanya untuk memantapkan lagi urusan pentadbiran dan matlamat kerajaan untuk memajukan kampong berintegeritiakan tercapai. Sesuaidengan pendekatan“ TRANSFOMASI TERENGGANU BAHARU” , indek untuk memajukan kampong melalui JKKK akan terlaksana.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PENDIGITALAN USAHAWAN PELAJAR DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ TUN DR MAHATHIR UITM MACHANG CAWANGAN KELANTAN

Aktiviti Terkini | 4 Disember 2021

Program memberi pendedahan kepada pelajar khususnya UiTM Machang Cawangan Kelantan untuk menjana pendapatan sambil belajar menerusi platform atas talian seperti Shopee dan juga pengenalan mengenai pusat ekonomi digital keluarga Malaysia....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PIK KAMPUNG BARU KEMASIK BERSAMA GENERASI REMAJA MALAYSIA SEMPENA ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2021

LPPKN Terengganu, 11 Disember 2021 - Seramai 5 Orang Remaja Telah Berjaya Hadir Pada Program Yang Dilaksanakan Ini. Mereka Merupakan Remaja Komuniti Kampung Baru Kemasik. Program Ini Terdiri Daripada 3 Segmen Utama Iaitu, Taklimat Aplikasi Mykafeteen, Teen Talk – Implikasi Kehamilan Remaja Dan Kuiz Interaktif Melalui Medium Kahoot. Penglibatan Aktif Adik-Adik Remaja Telah Ditunjukkan Di Sepanjang Program Berlangsung. Program Ini Telah Dihadiri Oleh Puan Nur Mahirah Binti Mahmud, Pegawai Psikologi, Selaku Penyelaras Program...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PIK KAMPUNG BARU KEMASIK BERSAMA GENERASI REMAJA MALAYSIA SEMPENA ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 10 November 2021

LPPKN Terengganu, 10 November 2021 - Seramai 26 orang remaja telah berjaya hadir pada program yang dilaksanakan ini. Mereka merupakan remaja komuniti Kampung Baru Kemasik. Program ini terdiri daripada 3 segmen utama iaitu, Taklimat Aplikasi MyKafeTEEN, Teen Talk – Jantina dan Gender, dan Kuiz Interaktif melalui medium Kahoot. Penglibatan aktif adik-adik remaja telah ditunjukkan di sepanjang program berlangsung. Program ini telah dihadiri oleh Puan Nur Mahirah binti Mahmud, Pegawai Psikologi, selaku Penyelaras Program dalam menyampaikan ucapan pesanan penutup program hari ini. Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Pusat Internet Komuniti Kampung Baru Kemasik....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PIK

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2021

Program ini diadakan secara atas talian melalui google meet yang dihadiri seramai 49 orang remaja.Mereka merupakan ahli dan remaja Komuniti dari SMK Badrul Alam Shah & SMK Kijal. Program ini terdiri daripada 3 segmen utama iaitu, Taklimat Aplikasi MyKafeTEEN, Teen Talk –Penyakit jangkitan seksual & HIV /AIDS, dan Kuiz Interaktif melalui medium Gimkit. Program ini telah dihadiri oleh Encik Muhamad Noh bin Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Terengganu, dalam menyampaikan ucapan pesanan penutup program hari ini. Penghargaan turut diberikan atas kolaborasi yang baik melibatkan LPPKN, SKMM dan Pusat Internet Komuniti di Negeri Terengganu...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PIK

Aktiviti Terkini | 13 September 2021

Program ini diadakan secara atas talian melalui google meet yang dihadiri seramai 49 orang remaja.Mereka merupakan ahli dan remaja Komuniti dari 12 buah Pusat Internet Komuniti kemaman. Program ini terdiri daripada 3 segmen utama iaitu, Taklimat Aplikasi MyKafeTEEN, Teen Talk – Tanggungjawab Seksualiti, dan Kuiz Interaktif melalui medium Gimkit. Program ini telah dihadiri oleh Encik Muhamad Noh bin Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Terengganu, dalam menyampaikan ucapan pesanan penutup program hari ini. Penghargaan turut diberikan atas kolaborasi yang baik melibatkan LPPKN, SKMM dan Pusat Internet Komuniti di Negeri Terengganu...baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 10 Julai 2021

Keselamatan Komputer, Hak Tanggungjawab dan Perlindungan & Kawal Selia Kendiri..baca selanjutnya

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN I-CITRA KWSP

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2021

I-Citra KWSP...baca selanjutnya

DAFTAR VAKSINASI ANAK-ANAK 12 TAHUN KE ATAS PIK KG BARU KEMASIK & PIK BUKIT KUANG

Aktiviti Terkini | 19 Jun 2021

Cara Mendaftar Vaksin Untuk Anak-Anak 12tahun Ke Atas..baca selanjutnya

KEJAYAAN DROPSHIP PIK KG BARU KEMASIK & PIK BUKIT KUANG

Aktiviti Terkini | 19 Jun 2021

Pengenalan Dropship...baca selanjutnya

TAWARAN KHAS JARINGAN PRIHATIN (ONLINE TALK) BERSAMA PIK KG BARU KEMASIK & PIK BUKIT KUANG

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2021

Pendedahan tentang program jaringan prihatin...baca selanjutnya

PROGRAM IFTAR PPDK KEMASIK

Aktiviti Terkini | 27 April 2021

Membantu pelatih2 pdk dalam bulan ramadhan..baca selanjutnya

PROGRAM IHYA RAMADHAN PUSAT INTERNET KOMONITI KLUSTER KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 23 April 2021

Pembahagian sumbangan kepada pesakit kanser limfoma...baca selanjutnya

SAMBUTAN ULANG TAHUN PPDK KEMASIK

Aktiviti Terkini | 7 April 2021

Membantu pelatih2 pdk dalam menghadapi pandemik covid-19...baca selanjutnya

SCRATCH - MUDAHNYA MEMBINA PERMAINAN KOMPUTER MENGGUNAKAN PENGATURCARAAN VISUAL

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2021

Membina Permainan Komputer Menggunakan Pengaturcaraan Visual...baca selanjutnya

PROGRAM BANTUAN COVID KEPADA PELATIH PDK

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2021

Membantu Pelatih2 Pdk Dalam Menghadapi Pandemik Covid-19...baca selanjutnya

PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL DAN EMOSI DI MUSIM PKP SECARA ONLINE DI FB LIVE PIK KG. BUKIT KUANG

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2021

Program Slot Penjagaan kesihatan mental dan emosi di musim pkp....baca selanjutnya

SLOT KEROHANIAN, AL-FATIHAH(BERTAJWID) DAN BACAAN YASIN SECARA ONLINE DI FB LIVE PIK KG. GELIGA

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2021

Program Slot Kerohanian : Al-Fatihah (Perbetulkan Tajwid) dan Bacaan Yasin ini merupakan program Bacaan Serentak secara online melalui FB Live Pusat Internet Komuniti Kg. Geliga...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti