Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah

Asal usul nama Kampung Baru adalah diambil sempena nama tanah yang baru mula diteroka pada tahun awal 1840 an. Menurutcerita orang tua tua, kampong ini adalah merupakan sebuah kampong asal bagi Kemasik ,yang dahulunya dikenali dengan panggilan KG.DARAT KEMASIK. Bekas-bekas peninggalan yang boleh dianggap bahan sejarah atau bukti kukuh masih boleh didapati, seperti tanah perkuburan dan pengkalan mandi di Cerong piring yang digunakan oleh masyarakat ketika itu.
Peneroka asal kampong ini,terdiri dari beberapa keluarga pendatang dari Patani iaitu kira-kira 200 tahun yang lampau. Memandangkan kawasan perkampungan ini terletak agak pendalaman , maka ianya diberi nama Kampung Darat Kemasik.
Sumber rezeki semasa itu ialah berkerja sebagai nelayan, bertani serta mencari hasil hutan seperti dammar batu, rotan ,kayu dan sebagainya. Memandangkan sumber rezeki pada masa itu adalah nelayan, maka ramailah penduduk berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan pantai (Tanjung kemasik didalam pekan Kemasik) dan tinggalah Kg.Darat kemasik kesepian dan kesunyian tidak berpenghuni.
Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu dan sewaktu tanah Melayu dibawah pemerintahan Jepunlah, kampung baru ini mula diterokai semula dan dijadikan tempat perlindungan dari kekejaman tentera Jepun. Dikampung inilah penduduknya mula menanam padi untuk pengeluaran makanan.
Dengan penerokaan baru inilah ,munculnya berbagai nama kampung –kampung kecil seperti Kampung Cherong Ajar,Kampung Sarang Lang. KampungTok Kaya dan Kampung Baru sendiri, yang ahkirnya disatukan dengan panggilan Kampung Baru Kemasik. Kampung kampong ini hanya dipisah dengan sebatang jalan raya yang menghubungkan Pekan Kemasik dan Pekan Air jernih. Walau bagaimana pun, bagi memudahkan urusan pentadbiran,kampong ini diletakan dibawah satu pentadbiran iaitu JKKK Kg.Baru Kemasik.
Pada tahun 2009,pentadbiran JKKK,telah dibahagikan kepada dua JKKK iaitu JKKK Kg.Baru kemasik dan JKKK Kg. Baru Kiri. Tujuannya tidak lain hanya untuk memantapkan lagi urusan pentadbiran dan matlamat kerajaan untuk memajukan kampong berintegeritiakan tercapai. Sesuaidengan pendekatan“ TRANSFOMASI TERENGGANU BAHARU” , indek untuk memajukan kampong melalui JKKK akan terlaksana.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KELAS ASAS BERNIAGA DI SHOPEE DAN MARKETING
Aktiviti Terkini | 16 & 17 Disember 2022
- Mencipta akaun jualan...baca selanjutnya
SANTAI ANAK MUDA – KKM BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 12 November 2022Taklimat Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya
PROGRAM KARNIVAL KOMUNITI CERIA
Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022Program Memperkasa Usahawan Pedi Kluster Kemaman...baca selanjutnya
PROGRAM KARNIVAL TERENGGANU MAJU BERKAT SEJAHTERA DUN KEMASIK
Aktiviti Terkini | 6-8 Oktober 2022KDB : Puzzle KDB, word search, teka silang kata, bola pingpong, dam ular, perkataan tersembunyi, Pertandingan Kahoot...baca selanjutnya
EXPLORACE KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 24 September 2022Program explorace klik dengan bijak, Bersama Komuniti sempena Sambutan Hari Malaysia...baca selanjutnya
PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65 TAHUN DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2022
Aktiviti Terkini | 12 September 2022Sambutan hari kemerdekaan malaysia ke 65 tahun dan sambutan hari malaysia 2022...baca selanjutnya
TRASH TO CASH (KEMPEN KESEDARAN KITAR SEMULA E-WASTE)
Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022e-waste bukan sahaja memberi kesan kepada manusia malah turut memberi kesan kepada alam sekitar. Terdapat 3 kesan pencemaran terhasil akibat daripada pelupusan e-waste ke tapak pelupusan haram iaitu pencemaran tanah, air dan udara....baca selanjutnya
PROGRAM PDKKU MERDEKA BERSAMA PEDI KG BARU KEMASIK
Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2022Memperkenalkan pusat internet dikalangan komuniti setempat...baca selanjutnya
PROGRAM ADIKKU PEDI BOLEH MELUKIS BERSAMA PERPUSTAKAAN KERTEH
Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2022Memperkenalkan pusat internet dikalangan komuniti setempat dan program adik pedi boleh melukis dan mewarna...baca selanjutnya
PROGRAM SENYUM SELALU DENGAN KERJASAMA PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 27 Julai 2022Program ini untuk memberikan senyuman dan cara penjagaan gigi untuk para ibubapa kepada anak-anak....baca selanjutnya
PROGRAM KEUSAHAWANAN DAN AGENSI SSM BERSAMA PEDI
Aktiviti Terkini | 25 Julai 2022Taklimat dan Pendaftaran SSM PERCUMA dibawah program Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin(SPPP) akan dijalankan....baca selanjutnya
KELAS ASAS SHOPEE
Aktiviti Terkini | 23 Julai 2022Peserta diberi kaedah membina kedai melalui platform aplikasi shopee....baca selanjutnya
KELAS ASAS FOTOGRAFI MENGGUNAKAN SMART PHONE
Aktiviti Terkini | 22 Julai 2022Kelas ini membantu usahawan dalam kemahiran mengambil gambar produk bagi hasil jualan....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI BERSAMA MURID-MURID TABIKA KG GONG CHENGAL
Aktiviti Terkini | 19 Jun 2022Memperkenalkan pedi kepada institusi pendidikan khususnya pelajar sekolah/Taman Bimbingan Kanak-Kanak(tabika)....baca selanjutnya
PROGRAM SINGGAH SANTAI MEMBACA BERSAMA KOMUNITI KERTEH
Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022Memberikan kesedaran kepada komuniti mengenai klik dengan bijak..baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI BERSAMA MURID-MURID TABIKA KG BARU 1
Aktiviti Terkini | 12 Jun 2022Memperkenalkan pedi kepada institusi pendidikan khususnya pelajar sekolah/Taman Bimbingan Kanak-Kanak(tabika)...baca selanjutnya
PROGRAM KESEDARAN KITAR SEMULA E-WASTE
Aktiviti Terkini | 4 Jun 2022Untuk meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap kepentingan dalam pengendalian e-sisa...baca selanjutnya
MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PEDI KLUSTER KEMAMAN 2022
Aktiviti Terkini | 22 Mei 2022Rumah terbuka hari raya aidilfitri..baca selanjutnya
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA WARGA PPDK KEMASIK
Aktiviti Terkini | 17 Mei 2022Sambutan Hari Raya Aidilfitri Diraikan Bersama Warga Ppdk Kemasik..baca selanjutnya
PROGRAM RUMAH TERBUKA PERINGKAT DUN KEMASIK
Aktiviti Terkini | 14 Mei 2022Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri...baca selanjutnya
PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2022 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 23 April 2022Program Jom Baca Bersama 10 Minit diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April...baca selanjutnya
IHYA RAMADAN DUN KEMASIK
Aktiviti Terkini | 20 April 2022Program Slot Kerohanian...baca selanjutnya
PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 1443H / 2022M KLUSTER KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 16 April 2022Program Slot Kerohanian...baca selanjutnya
KURSUS ASAS EDIT VIDEO MENGGUNAKAN FILMORAGO (KLUSTER KEMAMAN)
Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022Memperkenalkan pusat internet dikalangan komuniti setempat...baca selanjutnya
KURSUS ASAS FOTOGRAFI BERSAMA USAHAWAN (KLUSTER KEMAMAN)
Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022Pendaftaran/Taklimat fotografi/Secara teori dan praktik/Sesi fotografi/Penyampaian sijil...baca selanjutnya
Bengkel Aplikasi Shopee (Cara Membina Akaun Penjual) Siri 1 2022
Aktiviti Terkini | 15 Januari 2022Ceramah kursus kelas Shopee ...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya