Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah



Asal usul nama Kampung Baru adalah diambil sempena nama tanah yang baru mula diteroka pada tahun awal 1840 an. Menurutcerita orang tua tua, kampong ini adalah merupakan sebuah kampong asal bagi Kemasik ,yang dahulunya dikenali dengan panggilan KG.DARAT KEMASIK. Bekas-bekas peninggalan yang boleh dianggap bahan sejarah atau bukti kukuh masih boleh didapati, seperti tanah perkuburan dan pengkalan mandi di Cerong piring yang digunakan oleh masyarakat ketika itu.

Peneroka asal kampong ini,terdiri dari beberapa keluarga pendatang dari Patani iaitu kira-kira 200 tahun yang lampau. Memandangkan kawasan perkampungan ini terletak agak pendalaman , maka ianya diberi nama Kampung Darat Kemasik.

Sumber rezeki semasa itu ialah berkerja sebagai nelayan, bertani serta mencari hasil hutan seperti dammar batu, rotan ,kayu dan sebagainya. Memandangkan sumber rezeki pada masa itu adalah nelayan, maka ramailah penduduk berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan pantai (Tanjung kemasik didalam pekan Kemasik) dan tinggalah Kg.Darat kemasik kesepian dan kesunyian tidak berpenghuni.

Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu dan sewaktu tanah Melayu dibawah pemerintahan Jepunlah, kampung baru ini mula diterokai semula dan dijadikan tempat perlindungan dari kekejaman tentera Jepun. Dikampung inilah penduduknya mula menanam padi untuk pengeluaran makanan.

Dengan penerokaan baru inilah ,munculnya berbagai nama kampung –kampung kecil seperti Kampung Cherong Ajar,Kampung Sarang Lang. KampungTok Kaya dan Kampung Baru sendiri, yang ahkirnya disatukan dengan panggilan Kampung Baru Kemasik. Kampung kampong ini hanya dipisah dengan sebatang jalan raya yang menghubungkan Pekan Kemasik dan Pekan Air jernih. Walau bagaimana pun, bagi memudahkan urusan pentadbiran,kampong ini diletakan dibawah satu pentadbiran iaitu JKKK Kg.Baru Kemasik.

Pada tahun 2009,pentadbiran JKKK,telah dibahagikan kepada dua JKKK iaitu JKKK Kg.Baru kemasik dan JKKK Kg. Baru Kiri. Tujuannya tidak lain hanya untuk memantapkan lagi urusan pentadbiran dan matlamat kerajaan untuk memajukan kampong berintegeritiakan tercapai. Sesuaidengan pendekatan“ TRANSFOMASI TERENGGANU BAHARU” , indek untuk memajukan kampong melalui JKKK akan terlaksana.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM KLUSTER DISEMBER: PROGRAM CYBERRUN EXPLORACE

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2023

Pengisian aktiviti cuti sekolah untuk kanak-kanak sekitar pedi kg baru kemasik ...baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER NOVEMBER:AKTIVITI BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PASIR GAJAH

Aktiviti Terkini | 26 November 2023

TAKLIMAT S.A.F.E (Buli Siber)...baca selanjutnya

CELIK IT DAN KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR IKBN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2023

Memberi pendedahan penggunan Microsoft Word kepada pelajar IKBN...baca selanjutnya

KARNIVAL CAKNA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 22 September 2023

Program bersama komuniti...baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2023 BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2022

Menyemarakan semangat kemerdekaan dan menyemai perasaan cintakan Negara sempena bulan kemerdekaan 2023....baca selanjutnya

CYBERTALK @ SCHOOL

Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2023

Program Advokasi “PEDi Cybertalks @ School dengan kerjasama Digi Telecomunication Sdn Bhd...baca selanjutnya

PERTANDINGAN GUBAHAN SAYURAN

Aktiviti Terkini | 8 Julai 2023

Pertandingan gubahan sayuran...baca selanjutnya

PROGRAM SANTAI BERSAMA KOMUNITI (KLUSTER KEMAMAN)

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2023

Pertandingan Mewarna...baca selanjutnya

PROGRAM JELAJAH EFKEYO 2023

Aktiviti Terkini | 16 Jun 2023

Memberi kemudahan spek mata murah (rm5) kepada orang ramai....baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN MUHIBAH JPKK BESAMA KOMUNITI DENGAN KERJASAMA PEDI FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023

Program Jalinan Muhibah JPKK besama Komuniti dengan kerjasama PEDi Felda Kerteh 5...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI PEDI CYBERTALKS @ SCHOOL DENGAN KERJASAMA DIGI TELECOMUNICATION SDN BHD

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2023

Program Advokasi “PEDi Cybertalks @ School dengan kerjasama Digi Telecomunication Sdn Bhd...baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI PPDK KEMASIK

Aktiviti Terkini | 10 Mei 2023

Sambutan hari raya aidilfitri diraikan bersama warga ppdk kemasik...baca selanjutnya

KURSUS ASAS GRAFIK MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA DAN TIKTOKSHOP BERSAMA KEMAS KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 11, 12 – 13 April 2023

Taklimat PEDi, dan KDB...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI “PEDI CYBERTALKS @ SCHOOL DENGAN KERJASAMA DIGI TELECOMUNICATION SDN BHD.

Aktiviti Terkini | 22 Mac 2023

Program Advokasi “PEDi Cybertalks @ School dengan kerjasama Digi Telecomunication Sdn Bhd...baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN DIGITAL : KELAS MEROTI HANDS ON

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2023

Program Bersama komuniti nagi meningkatkan kemahiran dalam bidang pembuat roti....baca selanjutnya

SEMINAR PENDIGITALAN USAHAWAN 2023

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2023

Pihak Mini PEDi KCC ingin membuat program bersama usahawan PEDi Kluster Kemaman dan mencari usahawan baru untuk PEDi KCC...baca selanjutnya

PROGRAM SAYANGI OKU

Aktiviti Terkini | 21 & 22 Februari 2023

Program anjuran JKM Daerah Kemaman dengan Kerjasama semua Pusat Pemulihan Komuniti Daerah Kemaman (PPDK)....baca selanjutnya

MINI KARNIVAL JUALAN AMAL PRELOVED MEMBELI SAMBIL MENDERMA

Aktiviti Terkini | 13 & 14 Januari 2023

Memberi pendedahan kepada warga komuniti tentang kesusahan yang dihadapi oleh mangsa bencana...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti